Pages

15 August 2011

Kau rasakah apa yang aku rasa? #part 2


sambungan dari sini


Hampir enam tahun tidak ku pijak tanah tumpah kelahiranku. dan hampir enam tahun jugalah aku dapat merasa kegembiraan dan keharmonian bersendiri, ditemani si kecil yang menceriakan seluruh kehidupanku selama ini. Walaupun melihatnya seperti aku melihat kau dahulu. Melihat, memelihara dan membesarkan dengan penuh rasa cinta. Rasa cinta yang walaupun tidak mungkin hilang walaupun ku cuba padam.

"Kunci..", jelingan sahabat baikku memberi kembali teratak usangku yang lama. Aku mengambil dengan senyuman. "Are you sure? about this." dia mengujarkanku pertanyaan. Ternyata bagiku sukar untuk dijawab, memandangkan aku sendiri tidak pasti, adakah pendua kunci itu masih pada si dia yang telah lama meninggalkanku. Masihkah dia simpan lantas mencarik kenangan lama kami berdua bermanja di sudut tamu.

Aku memandang jauh. berfikir sejenak bagaimanakah rupanya kini.. dalam diam diam masih ada rasa rindu yang telah lama kuracuni.

"Should be ok." jawabku ringkas sambil memandang Hariz yang sedang enak menjilat sudu ice cream di atas meja.

"kalau dia tahu, kau patut bersedia. Dia bukan milik kau seorang,", tegas kawanku lagi. Sejujunya itu adalah perkara terakhir untuk aku fikirkan.

Aku mengusap sang bayi yang aku lahirkan enam tahun dahulu, mengingati susah payahnya aku di negara orang, bersendirian membersarkannya, menjaganya, dan juga membuat dirinya faham kenapa kami tidak seperti keluarga rakan rakan kecilnya yang lain. Dimana kedua tangan mereka dipimpin dnegan kasih sayang. Sayangku tidak merasai demikian.

Sahabatku menepuk tanganku, isyarat agar aku bersabar dan bertenang. Tidak banyak butir bicaraku malam itu. Hnayalah desiran dan keluhan serta pandanganku yang menjauh mencari sudut langit yang tidak berpenghujung.

Aku meminpin Hariz yang kegirangan. Suasana rumah yang masih seperti dulu.Ketenangannya dan keindahannya. Susuana perabot tidak pernah diubah. Masih sedia kala, seperti ketika aku menjejak keluar dengan tangisan. Rumah inilah, dimana kecerian yang aku mimpikan bertukar menjadi kebencian. Di rumah inlah, aku serahkan kepercayaanku kepada dia, yang akhirnya dilepaskan begitu sahaja.

Setiap malam aku dodoikan Hariz di rumah ini. Si kecil ini terlalu menyukai suasana tenang yang hadir dalam rumah ini. Aku menyusun beberapa bingkai gambar dan menyimpan bingkai lama yang diletakkan disitu dahulu. Walaupun masih pedih hati melihat potret perkahwinan aku dan dia yang aku letakkan jauh jauh dari sudut mataku. Aku tidak perlu kenangan itu. Kerana di saat aku melihat Dia dan cinta hatinya bersama, aku jatuh.

Hari-hariku berjalan seperti biasa. mengambil dan mendidik anakku. walaupun terdapat kekosongan di lubuk hati, namun aku masih gagahi. Walau banyak persoalan dari sang kecil ini tetapi aku gagahi melayan kerenahnya. Selama enam tahun, tiada satu hari aku merungut mengenainya.

Dan petang yang tenang itu, membawa arus-arus kegembiraan dalam diri Hariz yang menyatakan begitu ramai yang cuba mendekatinya kerana taksub melihat kepetahannya berbahasa perancis di khalayak ramai. Dia sibuk mencerita kan pengalaman di peluk dan diusap manja ibu ibu bapa yang datang ke taska. Aku hanya tertawa. Melihat keletah Hariz yang lincah.

Hariz berlari lari ke beranda kondominum menunggu aku membuka daun pintu. Sambil mengucapkan salam, aku membuka pintu. si kecil itu meluru masuk, sementara aku menutup daun pintu..

"Mama.... ", suaranya perlahan.

aku memandang ke hadapan. Kulihat seraut wajah sedang memandangku. Kelincahan Hariz terdiam seketika sebelum die mengeluarkan butir kata.

"Eh, uncle yang belanja ice cream.. " semena-mena dia tertawa. sendiri.

Aku kehairanan. Dahiku berkerut kesah. "Hariz masuk bilik", suaraku tegas. Kulihat si kecilku menonong masuk ke pintu biliknya. Aku berjalan menghampiri Dia. Dia memandangku penuh erti.

"You never change,"


bersambung..


No comments:

Post a Comment

kata dia...