Pages

23 March 2010

Dosa!

apa salah saya?
dahulu kamu buang,
tepi semak, tepi longkang, tepi tong..

apa salah saya?
buruk huduh sayakah?
sebab kamu buang?

saya ialah kenangan kepada dosakah?

wahai kamu yang melahirkan...
kamu mungkin masuk syurga jika saya mati hari itu...
kamu mungkin masuk syurga walau tidak bela saya..
kamu mungkin di maafkan tuhan dengan izin-Nya..

Tapi kamu masih buang saya...


adakah kamu berfikir sebelum saya dicambahkan?

sayakah yang berdosa?


**
*memetik kes pembuangan bayi di Berita harian*

20 March 2010

perihal mata

Mata kiri,
dari semalam punya semalam punya semalam..
kau asyik bergetar.
bergetar bergetar.palingnya di malam hari.

kaget.

kata orang perkara buruk bakal menjelma,
yang kemudiannya ditangisi air mata.

kaget lagi aku.

kau kisahkah mata?
biar otak berbicara sendiri.
memikirkan mengapa mata kiri jadi begini?

harap pergilah tangisan yang bakal terjadi.
aku baru bahagia.
maka jangan bagi aku derita
wahai sayang yang aku cinta.

12 March 2010

An ordinary person with hopes.

Andai esok hati dia untuk saya,
saya mungkin boleh berjanji pelbagai.

tapi, semalam...
Dia kata hati dia untuk dia..
walau dia-nya sudah bukan miliknya...


Kadang kala saya mungkin terlalu yakin,
hati dia untuk saya..

maaf. Just leave me this way. This is an order!