Pages

18 April 2012

Lelaki gila


yang dulu kau buat sampai gila,
yang dulu kau kata kau puja-puja,
yang dulu kau perilakukan seperti sampah,
yang dulu kau ludah,
yang dulu kau tinggalkan kerana si gila,
yang dulu kau kata mempermainkan hati remaja..

yang kini kau cari semula. Kau kata kau mahu jumpa. kau mahu terangkan segalanya.

ketika ini aku rasa kau dah sama gila. serupa.

Lelaki,

kadangkala aku selalu ingin tanya,
kenapa disaat akhir kau upayakan segalanya.
hingga saat akhir kau kata itu kini masih tidak kesudahan,
kenapa sekarang baru kau mahu kata itu ini begitu begini rupanya.
Kau sangkakah hati hitam itu sudah kembali bernyawa?.

Lelaki gila. Perempuan Gila..
yang semakin hari tidak aku faham tujuannya.


p/s: Jangan jaja cerita. aib yang kau sendiri tak sangka.