Pages

18 April 2010

mungkin

apabila dia jauh,
perasaan pun boleh jauh....


dan apabila dia hampir,
dia bukan hampir dengan aku.
dia hampir dengan kenangan dulu.


mungkin.

01 April 2010

tin & lampu


tin kosong
kini penuh
dengan susu dan sejat

dulu lampu
selalu terpadam
konon ego dengan suiz

dari dua dunia berbeza

langkah aku mati sebentar
..
dulu aku ingat aku lampu
aku lupa
aku alpa.. biar sekejap aku alpa

dulu aku macam tin kosong
tiada apa untuk didagangkan
kepada mereka yang mencari keindahan


kini
semua berubah
kerana dia pegang, usik dan hidupkan aku
yang dulu jadi lampu yang terpadam
tin yang kosong berlubang
sabar sungguh dia cantikkan
dalam dan luar
atas dan bawah
kiri dan kanan
tepi dan belakang


indahnya berperasaan...