Pages

10 June 2011

hilang arah kah nama manusia?




Gadis,
kenapa mudah menyerah kalah?
di atas garis simpang yang kau pun tidak tahu kemana arahnya,
dimana petunjuk hati? petunjuk tuhan ?
kalah di atas garis simpang dan landasan 'free thinker' yang kau amalkan.

Gadis,
mungkin dunia ini makin kehadapan,
mungkin kau mahu rasa seiring ke hadapan
kerana mungkin kolot jika kau kebelakang dan membelakangi arus
kolotkah himpunan ayat dalam kitab, tiang yang lima, rukun hati itu?

aku rasa jika kau menidakkan arahan pencipta,
kau bangsa kolot selama-lamanya.

maka jawab aku.
apa yang kau mahu
jika di akhirnya ialah milik DIA sepenuhnya.



Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An-Nahl 16:18)