Pages

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

19 August 2011

Maybe it was my destiny to be alone.



wanita lemah bila mula ada rasa cinta. Tidak aku nafikan. sejauh mana rasa cinta wanita itu tidak boleh diukur dengan ungkapan. Tapi bagi aku, apabila aku suka..maka aku sememangnya suka. Dan sukar untuk aku nyatakan bagaimana aku suka, mengapa dan apa yang menyebabkan aku suka. Bukan itu sahaja, kerana aku bukanlah seorang yang suka meluahkan apa yang sebenarnya aku rasa. Mengikut pengalaman lalu, apabila aku cuba meluahkan, maksud dan kesampaiannya tidak sampai. Maka, ia tidak jadi seperti yang sepatutnya terjadi.

aku juga seorang yang gopoh gapah, itu aku akui. Amat akui. mungkin aku tidak pandai meluahkan, tetapi terlalu obses mempamerkan. Kadang-kadang bukan apa, aku tidak pandai menyembunyikan ketakutan, yang dia mungkin mempunyai banyak pilihan lain, dan kerana aku bukanlah seorang yang selalu dijadikan pilihan. oh bukan selalu, mungkin tidak pernah. tapi aku tidak pernah mengeluh berputus asa untuk menunggu dan menunggu.

tetapi dalam hati siapa tahu. Aku tidak lah terlalu gopoh mencari status 'hubungan' jika itu yang kamu fikirkan. Aku cuma berharap, didalam dunia ini, ada seseorang yang mungkin memandang aku sebagai seorang yang mempunyai perasaan. Bukanlah hanya seorang kawan perempuan yang dijadikan sandaran. Apabila bosan, aku dicari. Apabila tiada kawan, aku dicari.. dan setelah beberapa minggu mungkin mereka bosan, aku ditinggalkan terkontang kanting mencari arah sendiri. aku tidak mengungkit tetapi jika ada rasa belas dan kasihan, jangan tinggalkan aku seperti yang kamu kamu lakukan. kerana bagi aku tidak mengapa jika kau tidak kasih kembali, tetapi jgn tinggalkan ikatan persahabatan yang pernah ada.

hentakkan aku mengikut arus. sesukar manapun ingin aku ucapkan selamat malam kepada dia, mengucapkan selamat pagi kepada dia, dan juga ingin mengetahui aktiviti hariannya tanpa menggunakan istilah 'stalking', amat sukar bagi aku menahan rasa. Maka aku diamkan diri. kerana aku bimbang aku sendiri terluka lagi.. terluka kehilangan seorang kawan buat yang entah keberapa kali.

maka mengertilah, setiap bahasa dan kekasaran yang kau nyatakan padaku, sedikit mengguris perasaan. Jika kau benar berasa tidak selesa, maafkan aku. Aku juga telah cuba mengubah diri ini agar tidak menekan. tidak terlalu rushing or what so ever word. Aku sedang cuba maka, jgn larikan diri kau. Tempuh aku sesukar manapun dan percayalah, aku tidak akan kisah jika kau bukan untuk aku. aku sudah biasa kecewa dan tidak apa untuk kecewa sekali lagi.


19 May 2011

how to forget you?


Membenci seseorang mungkin alasan termudah untuk melupakan..

Tetapi menjadikan 'benci' sebagai alasan adalah karut disisi Tuhan. Salah dan tidak wajar diterima akal, kerana bermula dari benci, hati menjadi rosak, kemudian menjadi kufur, kemudian menjadi kafir yang bermuntahkan paksi konon -aku dipihak yang benar-.

maka,

Jangan benci manusia yang pernah kita cintai sepenuh hati walaupun seribu alasan membenarkan kita membencinya.
Jangan benci manusia yang dahulu pernah menjadi kesayangan org yang kita syg itu, kerana kita juga pernah disayangi seperti mereka.
jangan membenci sahabat baik kita, kerana akhirnya dialah tempat kita mengadu domba dan bersama kita.
Jangan membenci mereka yang tiada ilmu, kerana merekalah yang mungkin lebih rasional dan lebih berpengalaman.
Jangan membenci mereka yang mencabar kewibawaan dan ke-rasionalan kita, kerana Allah sedang menguji keimanan & kesabaran kita.
Jangan membenci sesama manusia, kerana doa sesama manusia itulah yang memisahkan kita dari api neraka.


risiko apabila mula ingin membenci seseorang yang dahulunya kita kendong dan kita sayang. Yang dahulunya kita puja dan kita agungkan. Yang dahulunya kita belai dan kita materai janji janji.

kerana bermula dari benci, kita akan bercakap seolah olah Kita tiada agama dan pegangan.


p/s: nasihat untuk diri sendiri sebenarnya, Semoga Allah membantu aku untuk melupakanmu tanpa membencimu.



01 April 2010

tin & lampu


tin kosong
kini penuh
dengan susu dan sejat

dulu lampu
selalu terpadam
konon ego dengan suiz

dari dua dunia berbeza

langkah aku mati sebentar
..
dulu aku ingat aku lampu
aku lupa
aku alpa.. biar sekejap aku alpa

dulu aku macam tin kosong
tiada apa untuk didagangkan
kepada mereka yang mencari keindahan


kini
semua berubah
kerana dia pegang, usik dan hidupkan aku
yang dulu jadi lampu yang terpadam
tin yang kosong berlubang
sabar sungguh dia cantikkan
dalam dan luar
atas dan bawah
kiri dan kanan
tepi dan belakang


indahnya berperasaan...



20 March 2010

perihal mata

Mata kiri,
dari semalam punya semalam punya semalam..
kau asyik bergetar.
bergetar bergetar.palingnya di malam hari.

kaget.

kata orang perkara buruk bakal menjelma,
yang kemudiannya ditangisi air mata.

kaget lagi aku.

kau kisahkah mata?
biar otak berbicara sendiri.
memikirkan mengapa mata kiri jadi begini?

harap pergilah tangisan yang bakal terjadi.
aku baru bahagia.
maka jangan bagi aku derita
wahai sayang yang aku cinta.