Pages

10 June 2011

hilang arah kah nama manusia?




Gadis,
kenapa mudah menyerah kalah?
di atas garis simpang yang kau pun tidak tahu kemana arahnya,
dimana petunjuk hati? petunjuk tuhan ?
kalah di atas garis simpang dan landasan 'free thinker' yang kau amalkan.

Gadis,
mungkin dunia ini makin kehadapan,
mungkin kau mahu rasa seiring ke hadapan
kerana mungkin kolot jika kau kebelakang dan membelakangi arus
kolotkah himpunan ayat dalam kitab, tiang yang lima, rukun hati itu?

aku rasa jika kau menidakkan arahan pencipta,
kau bangsa kolot selama-lamanya.

maka jawab aku.
apa yang kau mahu
jika di akhirnya ialah milik DIA sepenuhnya.



Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (An-Nahl 16:18)


19 May 2011

how to forget you?


Membenci seseorang mungkin alasan termudah untuk melupakan..

Tetapi menjadikan 'benci' sebagai alasan adalah karut disisi Tuhan. Salah dan tidak wajar diterima akal, kerana bermula dari benci, hati menjadi rosak, kemudian menjadi kufur, kemudian menjadi kafir yang bermuntahkan paksi konon -aku dipihak yang benar-.

maka,

Jangan benci manusia yang pernah kita cintai sepenuh hati walaupun seribu alasan membenarkan kita membencinya.
Jangan benci manusia yang dahulu pernah menjadi kesayangan org yang kita syg itu, kerana kita juga pernah disayangi seperti mereka.
jangan membenci sahabat baik kita, kerana akhirnya dialah tempat kita mengadu domba dan bersama kita.
Jangan membenci mereka yang tiada ilmu, kerana merekalah yang mungkin lebih rasional dan lebih berpengalaman.
Jangan membenci mereka yang mencabar kewibawaan dan ke-rasionalan kita, kerana Allah sedang menguji keimanan & kesabaran kita.
Jangan membenci sesama manusia, kerana doa sesama manusia itulah yang memisahkan kita dari api neraka.


risiko apabila mula ingin membenci seseorang yang dahulunya kita kendong dan kita sayang. Yang dahulunya kita puja dan kita agungkan. Yang dahulunya kita belai dan kita materai janji janji.

kerana bermula dari benci, kita akan bercakap seolah olah Kita tiada agama dan pegangan.


p/s: nasihat untuk diri sendiri sebenarnya, Semoga Allah membantu aku untuk melupakanmu tanpa membencimu.



26 April 2011

Kisah Gadis Gila


Apabila satu dunia kamu jaja cerita kamu ialah mangsa
Apabila satu dunia, kamu burukan dia yang bukannya mengganggu hidup kamu dahulu

kamu lupa kamu ganggu hidup dia


apabila satu dunia kamu canang api dan bara manusia..
Aku melihat, membaca butiran demi butiran, berkata sendirian. tertawa juga sendirian.

Aku tidak canang kisah kau dan kebodohan yang kau pamerkan di muka hadapan.


dan apabila sebenarnya, Kau yang gila.
Kau Lupa.

Kau yang memulakan kekejaman,
kau yang putuskan persaudaraan,
Kau yang meminta simpati,
Kau yang itu dan begini..

kau lupa kau pijak siapa dahulu ka?

itu yang mneyebabkan aku tertawa.tertawa dan kerap tertawa.
dan kini, kau membara, kerana hanya satu barisan ayat aku utarakan, sedangkan kau?
berpuluh ayat memburukkan dia.



07 April 2011

Perempuan

tunduk dan patuh dia menurut perintah,
gusar hati diletakkan jauh dari sudut pandangan,
hanya dari jendela dia memandang,
kebahagiaan mereka dan mereka,
yang tiada lagi dirinya rasa..

tapi itu ialah kisah dahulu.
kini die perempuan yang lebih jitu
maju.

24 March 2011

mumbling around


Dalam kegelapan jiwa
Aku merintih
Kenangan kita berdua
Seandainya ada waktu lagi untuk bersamamu


Maafkan diriku andai ku terundur waktu
Diriku yang melara kerana mu
Izinkan mencintai dirimu seperti dulu
Bayangan kaku di pangkuan…