Pages

31 July 2009

Tolenrasi dan persepsi

Saya pernah give up. dan hari ini seperti saya hampir give up.
mendengar mulut cambir manusia amat menyakitkan tetapi hampir puluhan tahun bergelumang dengan kisah dongeng..saya masih belajar untuk menghadapi dan memahami. Manusia amat sukar ditafsir. Baik tindak tanduk yang seperti syaitan dihati barangkali. Saya pun tak baik juga. tetapi saya juga tidaklah tidak baik langsung, hanya atas 50/50.

tetapi kadang-kadang apabila kita berkata begini kita tidak sedar yang kita juga begini. membencikan bila fikir. Tapi bila kenang, semuanya amat bahagia jika kita sendiri mengenalpasti masalah diri dan mengubah tolenrasi itu. ah give up lagi bab sebegini.


23 July 2009

dicinta atau mencintai



gadis seni pernah tersepit dicelah angan ini.. berharap sungguh ia untuk tidak lagi berlaku. Kekangan kosong dijiwa yang memberontak dan meronta untuk dicintai. Tewas juga dengan perasaan yang jatuh pada manusia celaka. Mungkin masa itu tuhan belum tunjuk apa bisa dilakukan.

Gadis seni pernah kaget. Andai kata apabila berada betul di puncak nanti, Gadis masih sepi menyendiri.

Adakah aku sebenarnya belum layak dimata siapa-siapa?

persoalan yang tidak mungkin berjawab.

saya pernah cuba meracun hati dan perasaan. Konon takut mahu becinta lagi. konon hidup lebih indah apabila sendiri. ah Hipokrit punya kata. Palsu.
Saya juga pernah memberi peluang kepasa mereka yang semamngnya tidak langsung layak dengan diri saya, tetapi lelaki. Conservatif. Pemikiran tidak liberal. Ini bukan alasan kerana ditolak. tetapi lebih kepada mereka tak melihat keindahan memiliki insan yang telah cuba mencurah hati. Bukan sekali dua ya. Maka ketika itu, saya give up. saya mahu give and take. Konon lagi.

Apa yang saya lakukan sekarang? saya sendiri tak pasti.
Saya tahu saya hebat. Saya punya otak, saya punya harta, saya ada semua. Saya sujud syukur minta tuhan kerana saya sudah tidak pelu minta apa-apa lagi hakikatnya.

cuma,

saya tiada teman untuk berkongsi rasa suka ini, rasa syukur ini. Saya juga bukan muda lagi. Usia semakin membuat rasa cinta menjauhi. saya doubt kenyataan ini. Saya juga semakin tidak mahu mencintai. kerana saya penat.

ah manusia, dasar hipokrit. memang saya baru mengeluarkan kata-kata hipokrit. Kerana apa juga, lelaki melintas, berbau harum, saya terpesona. Hati kata tak mahu cinta, tetapi memanggil-manggil meminta mereka melihat saya yang kecil ini, ditengah-tengah manusia.


19 July 2009

hati


Aku marah.
Maafkan aku yang seharusnya melupakan ia lama dahulu..

17 July 2009

be-be-belayar

be-be-belayar lagi.
labuh suah.
oh aku hairan.
kosong kembali hati.
melihat kau pergi.

be-be-belayar.
dan belajar mengenai diri sendiri.
musnahkan angan celaka.
yang memandu kearah neraka.
itu pasti.

be-be-berlabuh sudah omong-omong kosong.
mama beri dulu aku simpan lagi.
ayah kata dulu aku ingat sampai mati.
kakak abang adik saudara-mara.
dan segala celaka yang buat aku lupa.
oh bukan kamu ya.tetapi mereka.

penat.
menjadi seorang pujangga.
benarkan aku be-be-berlayar.
hingga hujung nyawa.
dan jika labuh sauh ini terdampar di dasar dan kamu temuinya.
ingatkan aku yang lupa.
sesungguhnya aku memang celaka.

15 July 2009

Alhamdullillah


renyai rintik. air suci dari langit.
sejuk mencengkam hati.
Latar Kabur-Kelam-Basah.
muncul tujuh aurora selepasnya.
keindahan yang pasti.
Alhamdullilah.
Aku masih memiliki mata untuk melihat.
KeindahanNYA.