Pages

23 July 2009

dicinta atau mencintai



gadis seni pernah tersepit dicelah angan ini.. berharap sungguh ia untuk tidak lagi berlaku. Kekangan kosong dijiwa yang memberontak dan meronta untuk dicintai. Tewas juga dengan perasaan yang jatuh pada manusia celaka. Mungkin masa itu tuhan belum tunjuk apa bisa dilakukan.

Gadis seni pernah kaget. Andai kata apabila berada betul di puncak nanti, Gadis masih sepi menyendiri.

Adakah aku sebenarnya belum layak dimata siapa-siapa?

persoalan yang tidak mungkin berjawab.

saya pernah cuba meracun hati dan perasaan. Konon takut mahu becinta lagi. konon hidup lebih indah apabila sendiri. ah Hipokrit punya kata. Palsu.
Saya juga pernah memberi peluang kepasa mereka yang semamngnya tidak langsung layak dengan diri saya, tetapi lelaki. Conservatif. Pemikiran tidak liberal. Ini bukan alasan kerana ditolak. tetapi lebih kepada mereka tak melihat keindahan memiliki insan yang telah cuba mencurah hati. Bukan sekali dua ya. Maka ketika itu, saya give up. saya mahu give and take. Konon lagi.

Apa yang saya lakukan sekarang? saya sendiri tak pasti.
Saya tahu saya hebat. Saya punya otak, saya punya harta, saya ada semua. Saya sujud syukur minta tuhan kerana saya sudah tidak pelu minta apa-apa lagi hakikatnya.

cuma,

saya tiada teman untuk berkongsi rasa suka ini, rasa syukur ini. Saya juga bukan muda lagi. Usia semakin membuat rasa cinta menjauhi. saya doubt kenyataan ini. Saya juga semakin tidak mahu mencintai. kerana saya penat.

ah manusia, dasar hipokrit. memang saya baru mengeluarkan kata-kata hipokrit. Kerana apa juga, lelaki melintas, berbau harum, saya terpesona. Hati kata tak mahu cinta, tetapi memanggil-manggil meminta mereka melihat saya yang kecil ini, ditengah-tengah manusia.


No comments:

Post a Comment

kata dia...