Pages

21 January 2010

Kau rasakah apa yang aku rasa?

"adakah kamu pasti?", aku telah tanya soalan ini dahulu.
"we'll make it work. I promised", katanya.


ya waktu itu aku masih celaru. Aku tidak cinta kau. Kau tidak cinta aku. hanya aku yang suka mengagumi. Pada masa itu juga aku tidak pasti bagaimana kau boleh terfikir perkara itu. Aku juga tidak mampu menjawab tentang persetujuanku untuk ikut kerja-gila kau itu.


sebelum Akad yang kau lafaz malam itu, aku berjanji aku cuba untuk cinta kau seorang. kau saja. Tapi hati kau aku tak tahu.


dan aku rasa aku sudah berkali tanya kau adakah kau pasti dengan keputusan ini?


Aku tahu kau cuba. Cuba mencari ruang dalam diriku. Begitu juga dengan aku. *keluh*
aku tahu kau tak pernah lupa dia. Kau tiada dia, baru kau cari aku. Aku tahu. tetapi kenapa aku masih setuju untuk ikut kerja-gila kau itu.


aku selalu tahu jika kita doa pada Tuhan, Kita usaha pasti kegembiraan itu milik kita.


ya kita cuba. Aku selau rasa aku yang paling banyak cuba. Aku tidak tahu engkau bagaimana. Aku cuba memahami engkau. Melalui gurau senda, main mata dan cakap-cakap kosong tengah malam sepanjang hari bahagia itu. Aku selalu rasa aku mungkin menang. Aku selalu sangka mungkin hati aku telah jadi untuk engkau. Aku tetap tidak berharap. Aku tahu dan aku sepatutnya tahu....


dan aku benarkan kau tembusi jiwa ragaku kerana aku yakin, kau akan kotakan apa yang kau kata dulu.


aku yakin sungguh.



dan mungkin aku pasang yakin teramat.



Pabila kau kata hati kau masih untuk dia, Kau tidak jelaskan dengan terang seperti lampu kalimantan yang menerangi cakap-cakap kosong kita waktu malam. Aku tahu kau bimbang aku. Kerana kau yang mula bicara kerja-gila itu dan kau buat aku bersetuju. kau yakinkan aku.

raut wajah kau bukan lagi dusta. Aku tahu itu. Aku tidak sanggup menatap kau lama-lama. Bimbang derasan yang mengalir menyebabkan kau berfikir dua kali tentang keputusan kau sekarang. Aku mengambil keputusan. Biar aku membelakangi kau. biar kau tak nampak wajah aku. biar kau tidak simpati walau aku marah dengan raut wajah kau yang aku selalu harap untuk aku, seperti yang kau janjikan malam itu.


pabila langkahku kau tak halang, aku sudah mengerti, aku tertewas. mukaku masih membelakangimu. Aku minta kau berhenti berkata-kata. aku tahu hujung ayatmu bagaimana dan aku tidak tahu jika kau tahu apa yang aku rasa. Aku rasa aku harus memekakkan telingaku. Aku mahu padam suara dan bisikanmu. biar aku tidak rindu lagi.


Maka aku putuskan, jika hati kau sudah jadi miliknya, mana mungkin jadi milik aku. aku mahu padam angan yang kau janji dahulu. dan angan yang aku cipta jika hati kau semuanya untuk aku.

maka aku putuskan untuk akhiri cakap-cakap ini. Aku tidak mahu bertemu dengan kau lagi. Aku tidak tahu jika kau tahu apa yang aku rasa ketika ini. biarlah segala-galanya terpadam dari kamus manusia seperti aku yang sepatutnya menolak kerja gila kamu.


aku bawa diri. aku pergi tinggalkan tanah yang ada di bawah tapak kaki kita. Aku tahu, dimana-mana aku jejak pun, aras aku dan kau tetap sama. jadi bagaimana untuk aku padam kau? lebih-lebih lagi ada nyawa lain dalam yang penuh harapan melihat aku gembira sedangkan hati aku asyik memikirkan kau yang sudah ada dia.


aku tidak mahu kau tahu tentang perkara lain. Cukuplah.


mana mungkin boleh memafkan kau, kerana keputusan kau yang gila itu.
kau tiada rasa.


*bersambung disini *




03 January 2010

Hari yang berlalu


Dan sudah setahun,
saya masih gagal tinggalkan kenangan itu....

27 October 2009

sehidup semati.


bertahun kah?
kita kawan?

lamakah?
bagi kamu untuk memahami aku?
aku memahami kamu?

kita bermain tarik tali di atas bidai...

kamu kata aku, aku kata kamu..
kata yang aku pasti tak berakhir..

bertahun sudah,
lalu aku sedari..
kini aku sedari..

mungkin dari awal lagi kita tidak sehaluan.
kata mereka, pipit dan enggang mana bisa terbang sekali.

oh bosan dengan geledah dunia.


10 October 2009

tentangnya



Dan bila hari ini aku tenung lagi...
hati masih dia, fikiran masih dia, jiwa masih dia,
mengapa semua hanya dia dia dia.??

*diam*

aku sudah tidak lagi boleh keluar kata.
kaku lesu sipu malu.
dia dia dia...

yang sentiasa dalam ingatan
semalam, hari ini dan selamanya....


------------- balik ke masa dulu.

baiknya dia bukan aku yang meminta. Telus hati dia juga bukan aku yang pinta. Hnya aku suka melihat betapa dia seperti sangat menghargai, sangat memahami. Namun ketika itu tidak pula aku tahu erti suka, cinta, mahu ataupun kecewa. Bagi aku dia hanya dia diluaranku. dan luaranku yang tidak punya perasaan. Ahh, lelaki durjana yang mematikan angan itu!

aku suka melihat, aku suka apabila dia rapat. aku suka melihat dia mempermainkan senyum akalku. aku suka bila dia melihat aku seadaanya. Paling-paling ketika itu hanya aku sebegitu rasa. tapi suka aku itu tersalah tafsir, tersalah artikan. Aku tidak kaget mula-mula.

tetapi akhirnya.

dia yang tewas dahulu. Dia tewas dengan kata-kata manusia di saat aku yakin dia tak mungkin meninggalkanku kerana kata manusia. Aku kaget,aku terlewat, aku terpana melihat dia yang kini memalingkan mukanya tatkala melihat aku disini.

sudah,

tapi itu dahulu.

baru aku sedar, die yang sebenarnya memberi kesan dalam seluruh kehidupanku. dia yan g memberi aku kekuatan disetiap patah kata. dan disetiap tindakkan, Dia yang menemani otak, perbuatan dan kata-kata. dia yang memberitahu itu tidak wajar. dia yang memberitahu itu tidak sepatutnya berlaku. dia mempengaruhi segalanya.

walaupun sekarang hanya kamu yang mendahului hidupku. Kita jauh, sungguh jauh. aku pasti disaat ini kau mungkin telah melupakan. aku juga mahu melupakan. tetapi. apakan daya.. aku tidak mampu lagi. kerana kau masih dihati.

ya aku suka dan sebenarnya sejak dari dahulu. Aku terlewat menyedari barangkali.

------------ balik ke masa sekarang.


04 September 2009

sweet as it be.

One day you listen,
there is a day you've said a sweet things- friend-,
oh, that what i used to call you. before.
one day you're staring at myself.
there is a day you'll just walked away.
I care but do you?

i dunno why but sometime i should just know...
that this friendship -Or the day that YOU called that -
is just worthless...

one day, i say i let go..

so FUCK OFF!