Pages

09 March 2011

Hembusan terakhir nafasmu


suapan setiap sudumu aku masih terbayang bayang,
di atas beranda teratak usang,
dimana ada angin, barangkali panasnya mengigit,
setiap ujung kulit,
tetapi tatapan indah si sang hijau dihadapan mata..
dan kau tersenyum
seperti aku yang masa itu,
barangkali terlalu kecil untuk memahami kesakitan gigitan semut
yang kau bunuh kerana melihat air mataku
ketika aku disuapkan

kini bayangan kau mungkin telah hilang
aku mengerti
apabila kau diambil dengan sebuat jeritan
ratapan,dari aku
yang baru mengenali erti kehidupan
tuhan ambil kau
disaat aku benar benar ditepian
disaat aku hampir hilang
ditelan bayang dan hatiku sendiri
aku harus redha

aku mesti redha
aku mesti redha


No comments:

Post a Comment

kata dia...