Pages

28 August 2009

Jika aku hidup hingga esok.

Apa khabar,
menjengah sebentar sahaja. Aku cuba untuk elak luahan hati lagi. Maka ini hasilnya. Aku menekan papan kekunci ini dengan hati yang sungguh kosong. Aku alpakah? Aku kisahkah? adakah kisah?

Entah, aku boleh merenung. Jauhnya DIA yang esa dari sisi. Hari berganti hari, aku seharusnya, eh bukan. Aku MESTI hargai hari-hari terakhir ini, sebelum ku ketemuNYA buat terakhir kali. Aku tidak bersedia. Oh, benarkan aku ucap seketika. Hatiku masih lagi luluh.

dan lembah kasihmu, tanpa hujan. Bebaskan aku ketika lagi aku jatuh.

Aku akan tinggalkan wajah dia..
Aku akan tinggalkan sikecil.
aku akan tinggalkan pelangi, awan dan deruan angin malam...
aku kan tinggalkan sebahgian diriku,
dan biar si kecil itu ambil sebahagian lagi..
dan aku harap dia melihatnya seperti dia lihat aku,
sebelum dia cuba mencintai orang lain...

diam.

seharusnya aku rela buat dia tidak derita.


nampak gaya, khabarku tidak baik.

No comments:

Post a Comment

kata dia...