Pages

24 December 2011

Puisi Hari kelahiran


Katakan indah,
wahai hati,
yang dahulu
sepinya bagai mengoncang

katakanlah indah,
wahai jiwa
yang semakin melara
semakin muak memohon dipukul nyawa

katakanlah indah
wahai minda
yang mengawal setiap langkah perjalananku
yang mengawal nafsu serakah
yang semakin hari menanahi pelusuk kalbu

katakanlah indah
agar dapat ku sucikan diri dari serangkai
pohon dan embun malam
yang membasahi keringat
durjana yang melatah kesepian meratapi episod duka
yang sebenarnya.

katakanlah indah
melalui ayat sucimu
yang aku damba agar mengerti
yang memandu jiwa dan fikiran dan khayalan
agar tidak terus tersasar
dari geledah ilusi mimpi.





03 November 2011

Novel


Aku mula menulis lama dah. sejak dari bangku lagi. Masih teringat lambakkan disket bersepah diatas meja, yang mengandungi pelbagai hasil karyaku. Karya pertama sudah tentu 'Amanda & Peter Walker' which had been written for like, 3 chapters.. and the last one couldn't be safe enough in the disket.

Karya kedua merupakan cerita tentang persahabatan iaitu, 'Aku, dia dan selamanya'. Ya aku mungkin tiru tajuk kartun Ujang tapi jalan cerita yang sangat berbeza. Aku tak sabar lansung nak publish tapi malangnya hard disk aku buat hal pulak masa ni.

yang ketiga ialah Ivyleeya Sofea. Aku habis tulis dengan jaya pada 2008. and I'm going to start publishing Ivyleeya Sofea soon online story soon so please watch out. :)

start 2009, aku tulis tentang 'Dekat padamu'. cerita tentang peralanan hidup sepasang kembar. Aku pun suka cerita ni, tp rangka rangkanya masih ligat dalam kepala otak aku. aku tak lupa cuma malas nak taip panjang.

ada lagi beberapa cerpen aku tulis sepanjang 2002 hingga sekarang.. tp aku low profile kot. Bercerita untuk kepuasan diri. dan berkongsi jika ada yang berminat untuk membaca.

12 October 2011

tanya hati atau tanya mereka?


agak kalut sedikit apabila setiap ups and downs ,
dibiar dirinya terpana seketika. Kadang-kadang tak perlu kata-kata.
Mungkin penjelasan tidak cukup untuk memperbetulkan otak dan minda yang sarat dengan pandapat dia yang lebih penting dari apa yang aku sendiri rasa.

mulut boleh tipu, tetapi hati?
tetapi hati tetap boleh tipu, itu lelaki.
tak tahu mana betul mana tipu.

tetapi yang aku tahu kalau perempuan,
kata-katanya boleh jadi fitnah,
dan memang selalu menipu hati..

tetapi tak pernah pula dengar pendapat dia-dia dan mereka.
baginya, itu tidak sepenting apa yang dia rasa.


nota kaki : penulis bengang dengan segelintir orang.




04 October 2011

Sakit sedikit


sakit.
dan susah hati.


sakit bila terkenang..
susah hati bila merindu..


dan kedua duanya boleh dilihat di wajah,
yang tidak dilihat dirinya.



04 September 2011

Benci.


Rasa menyesal yang amat sangat....

penyesalan yang macam nak letak kamu ke tiang dinding dan baling pisau tajam ke arah kamu.