Dalam kegelapan jiwaAku merintihKenangan kita berduaSeandainya ada waktu lagi untuk bersamamuMaafkan diriku andai ku terundur waktuDiriku yang melara kerana muIzinkan mencintai dirimu seperti duluBayangan kaku di pangkuan…
24 March 2011
mumbling around
15 March 2011
Amarah
Amarah tuhan kau jangan sesekali persendakan. walaupun kau bukan sebahagian dari kejadian. Kejam ku kata kau tiada rasa insaf.
salam takziah bagi saudara mara di Jepun, rakan rakan manusia di negara matahari terbit itu. Kamu pernah bangkit dari kejatuhan, kegelapan dan mustahil jika kamu tidak bangkit kembali.
11 March 2011
Kisah matahari yang pemalu
matahari
kenapa malu
aku perlu sinarmu
yang menerangi kegelapan hatiku
matahari
kenapa berdiam diri
aku perlu kamu
pengering jemuran dan baju
matahari
bersinarlah kembali
kerana permulaan kegelapan
adalah pengakhiran kemanusiaan
dan aku manusia yang masih tidak bersedia..
09 March 2011
Hembusan terakhir nafasmu
suapan setiap sudumu aku masih terbayang bayang,
di atas beranda teratak usang,
dimana ada angin, barangkali panasnya mengigit,
setiap ujung kulit,
tetapi tatapan indah si sang hijau dihadapan mata..
dan kau tersenyum
seperti aku yang masa itu,
barangkali terlalu kecil untuk memahami kesakitan gigitan semut
yang kau bunuh kerana melihat air mataku
ketika aku disuapkan
kini bayangan kau mungkin telah hilang
aku mengerti
apabila kau diambil dengan sebuat jeritan
ratapan,dari aku
yang baru mengenali erti kehidupan
tuhan ambil kau
disaat aku benar benar ditepian
disaat aku hampir hilang
ditelan bayang dan hatiku sendiri
aku harus redha
aku mesti redha
aku mesti redha
03 March 2011
Tuhan itu ada
bila marah, pada tuhanlah aku melemparkan kata kata...
dan bila gembira.. aku harap sejadah jadi tempat aku cucurkan air mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)