aku seorang yang tidak berdaya.
aku seorang yang bukan hebat seperti yang kau ingat, kau sangka,
aku seorang yang buta tuli arah hati..
aku seorang yang optimis, mungkin tinggi buru barangkali..
kepada dia,
kasihku tidak pernah rendah,
sayangku tidak pernah kalah,
janjiku tidak pernah megah,
hatiku tidak pernah indah,
mimpiku tidak pernah mudah,
ingattanku tidak pernah pudar,
walau aku cuba, walau aku cuba walau aku cuba,
walau aku cuba sedaya hatiku,
melepaskan kasih,
sayang,
janji,
hati,
mimpi dan ingatan..
yang setiap hari hanya dia..
setiap minit hanya dia.
setiap saat juga untuk dia.
hingga aku lupa,
Tuhan ada memandangku yang melupakan-Nya..
dan aku yang memegang kata,
cinta kau kerana DIA.
Kepada dia,
yang tidak mengerti,
erti kasihku lebih dari segalanya.
walaupun hati mahu berhenti.
hati mahu berhenti
mahu berhenti merindui.
dan semakin aku henti,
dia hadir di mimpi,
menjengah mentertawa mengejek manjaku
seperti yang dulu dulu.
dan aku mahu berhenti.
"aku benci hati.
aku benci hati.
benci hati. "
dan ya, aku tipu hati sendiri.